Khamis, 29 Mei 2014

MASALAH SEKSUALITI DISFUNGSI (SEXUAL DYSFUNCTION)




Masalah  tidak puas semasa melakukan seks sering kali berlaku dalam kehidupan berkeluarga/berpasangan. Ianya boleh disebabkan oleh masalah kesihatan suami atau isteri atau kedua-duanya sekali.

Masalah ini dikenali sebagai masalah seksualiti tidak berfungsi (sexual dysfunction).
 Ianya berlaku apabila masalah keinginan atau tindakbalas seks berlaku secara berulang dan berterusan. 
Ini menyebabkan ketegangan dalam perhubungan pasangan.



Ramai pasangan mengalami masalah seks ini dalam kehidupan seharian mereka, 
boleh berlaku samada berlaku sekali-sekala ataupun berterusan. Antara masalahnya seperti pesakit mengalami  nafsu seks yang kurang, masalah rangsangan seks, masalah inzal (orgasm) dan masalah sakit ketika melakukan seks.

Tindakbalas seks merangkumi interaksi yang kompleks antara fungsi, anatomi badan, emosi, pengalaman, kepercayaan, gaya hidup dan perhubungan. Gangguan interaksi ini boleh mengganggu nafsu, rangsangan dan kepuasan seks. Kebanyakan masalah ini dapat dirawati.
Masalah seks tidak berfungsi boleh berlaku pada setiap peringkat umur. Ianya seringkali berlaku apabila paras hormone pesakit tidak menentu seperti selepas bersalin ataupun ketika putus haid.
Apabila masalah ketidakpuasan seks mengganggu hubungan dan fikiran pasangan, pesakit hendaklah berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.


Faktor-faktor yang menyebabkan ketidakpuashatian dalam seks adalah:
a-     Masalah fizikal seperti radang sendi (arthritis), masalah berkaitan  kencing dan usus, pembedahan tulang pinggul, keletihan, sakit kepala dan saraf. Ubat-ubatan seperti ubat untuk kemurungan, darah tinggi, kemoterapi dan antihistamin boleh mengurangan nafsu seks dan inzal.
b-    Paras hormone wanita seperti estrogen yang rendah selepas putus haid menyebabkan perubahan pada alat kelamin dan tindakbalas seks. Kulit pada bahagian alat kelamin menjadi nipis dan kurang kenyal boleh menyebabkan sakit ketika melakukan hubungan seks dan memerlukan lebih masa untuk inzal. Perubahan hormone seperti ini juga boleh berlaku selepas bersalin dan ketika masih menyusu-badan.
c-     Psikologi dan social. Kemurungan dan kerisauan boleh menyebabkan seksual tidak berfungsi kerana tekanan(stress) yang berpanjanagan. Konflik perhubungan dengan pasangan yang berpanjangan juga boleh memusnahkan tindakbalas seks. Masalah budaya, agama dan bentuk badan juga boleh menyebabkan masalah ketidakpuashatian dalam seks.
Masalah emosi boleh menjadi samada punca ataupun kesan ketidakpuashatian seks. 


Faktor-faktor risiko ketidakpuashatian seks:
·         Kemurungan dan kerisauan.
·         Sakit jantung dan salur darah
·         Masalah saraf seperti kecederaan saraf tunjang
·         Kegagalan fungsi hati atau ginjal
·         Ubat-ubatan
·         Ketegangan emosi seperti masalah perhubungan pasangan
·         Sejarah pernah mengalami gangguan seks di masa silam



Rawatan:
Untuk menentukan rawatan, doktor akan melakukan
·         Perbincangan sejarah perubatan dan seks pesakit.
 Ini agak peribadi walau bagaimanapun ianya amat penting kerana seksualiti adalah kunci kesihatan pesakit. Pesakit hendaklah memberitahu masalah pesakit dengan jujur agar doktor dapat memberikan rawatan yang efektif. 

·         Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal yang melibatkan alat kelamin dan pelvik.
Ini kerana perubahan alat kelamin ataupun ketumbuhan boleh menggangu kepuasan hubungan seks.


Rawatan masalah seks tidak berfungsi adalah berbagai mengikut gejala dan puncanya. 
Memahami fungsi badan dan tindakbalas seks serta perbincangan mengenai masalah merupakan langkah pertama untuk memperolehi kepuasan seks. 
Kebanyakan pesakit menerima rawatan kombinasi perubatan, perhubungan dan emosi.


·         Mendengar dan meluahkan perasaan. 
Pesakit hendaklah meluahkan perasaan secara jujur dan keterbukaan dengan pasangan.
 Ini termasuk memberitahu pasangan apa yang pesakit suka atau tidak suka ketika melakukan seks dan memberikan maklum balas selepas melakukan seks.
 Ini akan menghasilkan hubungan yang lebih erat.

·         Gaya hidup yang sihat.  
Minuman alcohol yang terlalu banyak boleh membantutkan tindakbalas seks. 
Merokok menghadkan peredaran darah ke alat kelamin dan mengurangkan rangsangan seks. 
Aktiviti senaman fizikal yang kerap akan meningkatkan stamina, 
menaikkan semangat dan menambah perassan romantic.  
Carilah jalan untuk mengurangakan ketegangan supaya boleh menumpukan dan menikmati seks yang indah. 


·         Rehat dan riadah yang secukupnya seperti meditasi dan yoga.
 Ini dapat mengurangkan stress dalam kehidupan seharian dan membolehkan pesakit menumpukan perhatian ketika melakukan seks serta memperolehi lebih rangsangan dan inzal yang memuaskan.


·         Mendapatkan khidmat kaunseling. 
Kaunseling ini merangkumi pendidikan untuk mencapai tindakbalas badan yang optimum terhadap seks dan  cara untuk meningkatkan hubungan yang erat dengan pasangan.

·         Penggunaan alat pelincir untuk faraj.
 Ini sangat berguna ketika menjalani hubungan kelamin apabila pasangan wanita mengalami kekeringan pada faraj atau sakit ketika seks.

·          Berbincang dengan doktor untuk menukar atau melaraskan ubat-ubatan yang mengganggu kepuasan seks.

·         Merawatan dan menstabilkan penyakit yang sedia ada seperti masalah hormone tiroid, kencing manis.

·         Merawat masalah kemurungan atau kerisauan.

·         Rawatan hormone sekiranya putus haid.


Obesity boleh menyebabkan ketidakpuashatian dalam seks kerana wanita yang obese biasanya mempunyai nafsu yang rendah, perasaan rendah diri terhadap bentuk badannya dan hormon yang tidak seimbang. 
Kebanyakan mereka tidak dapat menikmati hubungan seks yang puas kerana keadaan fizikal yang menghadkan kepelbagaian posisi hubungan seks.


Ketidaktentuan dalam keinginan seks agak normal dalam setiap perhubungan di setiap peringkat kehidupan. Janganlah terlalu menumpukan aktiviti seks sahaja. 
Setiap pasangan hendaklah berusaha memupuk persefahaman dalam perhubungan. 
Berjalan-jalanlah berdua-duaan di taman atau di tepi pantai, bercuti atau berbulan madu semula, berpelukan sebelum dan selepas kerja, berdating di restoren. Perasaan yang baik terhadap diri sendiri dan pasangan anda boleh merupakan foreplay terbaik.

REF.:
Mayo clinic
ACOG
Patients info UK

HOSPITAL AMALAN (CURRENT PRACTICE)

CLINIC KL Gynaecologist @ Gleneagles Medini

Obstetrics, Gynaecology & GynaeOncology Clinic in JB, Johor Darul Takzim, Malaysia 













Gleneagles Medini Hospital, Iskandar Puteri, Johor Darul Takzim, Malaysia

Suite 511A, Specialist Clinics, Level 5,
No 2 Jalan Medini Utara 4, Medini Iskandar,
79250 Iskandar Puteri,
Johor Darul Takzim, Malaysia.

Telephone :
General  +(607) 560 1000, +(607) 560 1100  
ext 3745/3733 (Suite 511A)

HP Suite 511A  +6011 1866 0818 (SMS or WhatApps only)
Fax : +(607) 560 1190

Affiliated Hospital


Beacon International Specialist Centre
No. 1, Jalan 215, Section 51, 
Off Jalan Templer,
 46050 Petaling Jaya,
Selangor 
Malaysia
(BY APPOINTMENT ONLY)

For general enquiries, kindly contact  :

Email : klgynaecologist@gmail.com

for an appointment;
Please use your email calendar
then invite us using email address klgynaecologist@gmail.com
SMS/WA FOR APPOINTMENT  +6011 1866 0818