Isnin, 11 November 2013

SISTA OVARI (OVARIAN CYST)

Sista Ovari (Ovarian Cyst)



Wanita mempunyai dua ovari , satu di setiap belah rahim (uterus) di dalam bahagian bawah abdomen. Ovari adalah bulat kecil, kira-kira saiz walnut (ovari kilang telur). Wanita yang subur akan mengeluarkan telur  (ovum ) setiap bulan dari salah satu ovari.




Sista (Cyst) adalah satu kantung berisi cecair. Sista terjadi di pelbagai tempat di dalam badan. Bergantung kepada jenis sista , cecair dalam sista tersebut boleh terdiri daripada cecair nipis, cair, pekat dan bersalut dinding yand tebal. Sesetengah sista mempunyai bahagian dinding yang tebal, mengandungi  pepejal dan cecair di dalam.

Sista pada ovari adalah sangat biasa. Majoriti sista ovari adalah bukan kanser (benign) tetapi terdapat juga sista ovari yang kanser (malignant) , atau boleh menjadi kanser di masa depan .
 Sista ovari boleh berbeza dari segi saiz - dari kurang daripada saiz 1 cm hingga saiz tembikai besar (kadang-kadang lebih besar).

Gejala Sista Ovari



Sista ovari yang kecil biasanya tidak menyebabkan gejala. Sesetengah sista boleh menyebabkan sakit yang tidak spesifik atau sakit yang menyucuk  di bahagian abdomen dan kesakitan semasa menjalani aktiviti-aktiviti tertentu .

 Sista yang lebih besar boleh menyebabkan kilasan (berpusing/twist) ovari yang menyebabkan kesakitan yang akut. Pesakit biasanya juga mengalami gejala muntah.
Sista yang berdarah atau pecah boleh membawa kepada masalah yang serius yang memerlukan rawatan segera / kecemasan.

Diagnosis Sista Ovari

Oleh kerana kebanyakan sista ovary tiada gejala yang spesifik, sista ovary biasanya didiagnosis secara kebetulan - semasa pemeriksaan rutin atau jika pesakit mempunyai imbasan ultrasound untuk tujuan lain.

Jika pesakit mempunyai gejala spesifik sista ovari, pakar sakit puan akan memeriksa abdomen pesakit dan melaksanakan peperiksaan pelvis manual (dalaman). Pakar sakit puan mungkin dapat merasai bengkak abnormal yang mungkin disebabkan oleh sista ovari.



Imbasan ultrasound dilakukan untuk diagnosis sista ovari. Imbasan ultrasound adalah ujian yang selamat dan tidak menyakitkan yang menggunakan gelombang bunyi untuk menghasilkan imej organ-organ dan struktur dalam badan pesakit. Alat pengimbas boleh diletakkan di atas abdomen untuk mengimbas ovari. Imbasan ultrasound juga boleh dilakukan melalui faraj untuk mengimbas ovari dan imej adalah yang lebih jelas dan terperinci.


Imbasan CT scan dilakukan jika sista ovari adalah banyak , kompleks atau kemungkinan kanser. CT scan menghasilkan imej yang lebih jelas daripada imej ultrasound scan,dan dapat membandingkan sista ovary yang kompleks dengan struktur-struktur lain di bahagian pelvis dan abdomen.

Pesakit biasanya akan menjalani ujian darah serum CA 125. Peningkatan serum tahap CA 125 boleh menjadi tanda kanser ovari di kalangan wanita menopaus. Bagaimanapun di kalangan wanita premenopausal , serum peningkatan tahap CA 125 boleh disebabkan oleh keadaan lain bukan kanser seperti fibroid, jangkitan kuman, endometriosis dan lain-lain .

Rawatan Untuk Sista Ovari

Pakar sakit puan akan member nasihat mengenai rawatan terbaik bagi pesakit sista ovari. Rawatan bergantung kepada beberapa faktor:
a- Saiz dan jenis sista
b- Umur / status menopause
c- Gejala
d- Keinginan untuk mempunyai anak-anak / keluarga yang sudah lengkap

Pemerhatian (Observation) - sista ovari kecil biasanya akan lenyap atau mengecil dari masa ke masa. Pesakit mungkin dinasihatkan untuk menjalani  imbasan ultrasound ulangan selepas beberapa minggu atau lebih. Jika sista ovari sudah tiada lagi dan tidak ada tanda-tanda sakit maka tiada tindakan lanjut diperlukan.




Operasi/Pembedahan – pesakit akan dinasihatkan untuk membuang sista ovari , terutamanya jika pesakit mempunyai gejala sakit atau jika sista tersebut adalah besar.
Pakar sakit puan akan mencadangkan untuk mengeluarkan sista ovary untuk menentukan dengan tepat jenis sista tersebut  dan memastikan tidak ada sel-sel kanser di dalamnya.
Sista yang lebih kecil boleh dikeluarkan melalui pembedahan lubang kunci ( laparoskopi ).
Sista yang lebih besar memerlukan pembedahan laparotomi yang biasa.

Dalam kebanyakan sista bukan kanser (benign) , hanya sista dikeluarkan ( cystectomy ) dan tisu ovari dipelihara.

Dalam beberapa kes, ovari juga dikeluarkan serta struktur pelvik berhampiran seperti rahim, tiub fallopion dan ovari yang bertentangan. Pakar sakit puan akan memberi kaunseling dan nasihat mengenai pilihan rawatan tertentu yang sesuai untuk pesakit.

Terdapat pelbagai jenis sista ovari ;

Functional Ovarian Cyst:


Ini adalah jenis yang paling biasa dan berlaku pada wanita masih reproduktif  (wanita yang masih mempunyai haid) dan mempunyai masalah ovulasi.  


a.       Follicular Cyst .

              Folikel ovari boleh membesar dan mengandungi cecair. Ini biasanya terjadi di kalangan wanita yang menerima rawatan kemandulan atau ubat hormon.

b- Corpus luteum Cyst .


              Ini berlaku apabila corpus luteum mengandungi cecair atau darah dan menjadi sista. Sista berisi darah ini juga dikenali sebagai sista berdarah (haemorrhagic cyst).
Sista jenis ini boleh membesar tetapi jarang melebihi 5 cm diameter. Biasanya ia tidak memerlukan rawatan , kerana sista jenis ini akan lenyap secara spontan dalam masa beberapa minggu .


Sista Dermoid (Dermoid Cyst)


          
Sista dermoid cenderung berlaku di kalangan wanita muda. Sista boleh berkembang agak besar sehingga 15 cm diameter.
Sista terbentuk daripada sel-sel yang membuat telur dalam ovari. Telur mempunyai potensi untuk berkembang menjadi apa-apa sahaja jenis sel. Oleh itu,  sista ini boleh berkembang menjadi pelbagai jenis tisu. Hasilnya ,sista ini sering mengandungi kandungan ganjil seperti rambut , bahagian-bahagian gigi atau tulang, tisu lemak dan lain-lain.
 Hampir 1 dalam 10 kes sista dermoid terbentuk pada  kedua-dua ovari .
Sista dermoid boleh terjadi dalam ahli keluarga yang sama.

Cystadenomas 


Ini terbentuk daripada sel-sel yang meliputi bahagian luar ovari. Terdapat beberapa jenis yang berbeza. Sebagai contoh, cystadenomas serous mengandungi cecair nipis/cair  dan cystadenomas musinous  mengandungi cecair mukus yang pekat.  Sista jenis ini sering melekat pada ovari oleh tangkai dan tidak  berkembang dalam ovari.  Sista ini boleh berkembang sangat besar dan biasanya bukan kanser (benign).

Endometriotic Cyst



Ramai wanita yang mengalami endometriosis mempunyai satu atau lebih sista pada ovari mereka . Endometriosis adalah keadaan di mana tisu endometrium (tisu yang dalam rahim ) ditemui di luar rahim. Ia kadang-kadang membentuk sista yang mengandungi darah. Darah lama dalam sista ini kelihatan seperti coklat. Ianya juga dikenali sebagai sista coklat. Ianya bukanlah kanser (benign ).

Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)




        
Polycystic bermakna banyak sista. Dalam PCOS , pesakit mempunyai banyak sista benign kecil di ovari. Sista ini terjadi kerana masalah dengan ovulasi ( pengeluaran telur bulanan ) yang disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon. PCOS seringkali dikaitkan dengan masalah haid , kurang kesuburan, pertumbuhan rambut yang lebat, obesiti dan jerawat.




15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam..sy nk bertanya, sy didiagnos ad abdominal cyst,pcos.sy bru lepas ct scan, temujanji y akn datang 5/6, sy risau, apa possibility sy mengandung ?
sy bru setahun berkahwin, dan blum ad anak lg..apakah procedur y akan sy lalui..ada apa2 ubat y sesuai, makanan y patut sy ambil..minta pandangan doc..

KL Gynaecologist berkata...

Cyst pada PCOS itu tidak bahaya tetapi PCOS berkaitan dengan period yg tidak teratur, obesity dan kemandulan.

Puan hendaklah berbincang dgn pakar gynae puan utk rawatan lanjutan utk meningkatkan kesuburan puan.

linda yussof berkata...

1. Dr, sy sudah 10 bulan melahirkan bayi secara ceasar. Kebelakangan ni sy ada sakit belakang pinggang.adakah itu kesan bius pada saya? Kadang2 bekas ceasar bhgn ari ari terasa sengal.

2. Dr.bayi saya juga fully b.feed. saya juga tak period sampai sekarang(10bulan). Saya ada buat vaginal scan terdapat sikit titik hitam kecil dan pakar kata itu adalah pcos. Dan pakar kata itu adalah biasa bg wanita yang full b.feed dan masih tak datang haid. Adakah ia merbahaya dr?

KL Gynaecologist berkata...

1. Tahniah kerana puan telah melahirkan anak. Puan mungkin berfikir sakit pinggang yg dialami kini disebabkan kesan 'spinal' ketika pembedahan. Kesan jangka panjang 'spinal' adalah sangat jarang berlaku. Kebanyakan sakit ini berpunca kerana kedudukan badan/ posture ketika kita melalukan kerja harian terutamanya posture ketika memberi susu ibu. Tetapi sekiranya sakit belakang ini diikuti sakit kebas di bahagian kaki, ini mungkin disebabkan sakit saraf di bahagian tulang belakang. Puan hendaklah mendapatkan rawatan di klinik berdekatan sekiranya sakit ini mengganggu aktiviti harian.

2. Lactational Amenorrhoea/ tiada period/haid ketika menyusu-badan biasanya berlaku dlm masa 6 bulan selepas kelahiran dan fully breasfeeding (bayi belum lagi diberi makanan atau susu tambahan). PCOS - polycystic ovarian syndrome menyebabkan period tidak regular atau tidak datang. Ini bermaksud telur tidak dikeluarkan secara regular dan kesuburan wanita boleh menurun tetapi BUKAN TIDAK SUBUR. Mungkin puan mengalami period yg tidak regular sebelum kehamilan yg lalu. Saya cadangkan puan berjumpa doctor untuk merancang menjarakkan kehamilan (jika puan perlu). Perlu diingatkan, ada beberapa pill perancang tidak sesuai untul wanita yg masih menyusukan anak. PCOS ini sendiri tidak bahaya. Puan hendaklah menjaga berat badan kerana berat badan berlebihan juga menyebabkan kesuburan menurun.

Tanpa Nama berkata...

Salam. Saya telah didiagnose endometriosis (11×10cm dan 8x9cm). Ada possibility tak saya nak mengandung memandangkan saya berumur 30thn dan telah berkahwin hampir 2 tahun. Saya sangat risau.

KL Gynaecologist berkata...

Salam Puan

1. Bagi masalah Puan, endometriotic cyst ini perlu dirawat secara pembedahan (cystectomy) samada laparoskopik ataupun laparotomi. Biasanya selepas pembedahan, Puan akan menerima rawatan secara suntikan atau Pil untuk beberapa bulan. Ini akan dibincangkan secara lanjut oleh pakar yang merawat Puan.

2. Penyakit endometriosis boleh menjejaskan tahap kesuburan/fertiliti kerana penyakit ini boleh berulang, menyebabkan radang, kerosakan anatomi/struktur dan fisiologi/fungsi organ peranakan. Walau bagaimanapun rawatan awal & terancang boleh mengawal endometriosis dan mengekalkan kesuburan.

3. Tahap kesuburan/ fertiliti bergantung kepada banyak faktor termasuk;
a. Kitaran haid yang teratur
b. BMI yang unggul
c. Kekerapan hubungan seks
d. Keupayaan lelaki untuk ereksi & ejakulasi
e. Sperma yang normal
f. Emosi yang stabil.

Semoga Puan mendapatkan rawatan yang sesuai dan terbaik.

Terima kasih.

Abu Hassan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Abu Hassan berkata...

AsSalam doktor..sy ada adenomyosis ukuran 5cm..dktor kt perlu dibuang dan kemungkinan rahim di buang...adakah pghidap adenomyosis ni x blh mgandung langsung?

Abu Hassan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Abu Hassan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
KL Gynaecologist berkata...

Wassalam Puan

Endometriosis adalah keadaan bila tisu/sel di lapisan (endometrium) dalam rahim (uterus) terdapat di luar rahim seperti di kilang telur/ ovari ( dinamakan endometriotic cyst / sista endometriosis) dan bila tisu INI di dalam otot rahim (myometrium) ianya dinamakan adenomyosis.
Dlm kes puan, saya percaya 5 cm itu endometriotic cyst & jika masuk ke dlm rahim ianya adenomyosis.
Diagnosis adenomyosis yg dibuat secara klinikal seperti melalui ultrasound scan hanya 'suggestive' ( kemungkinan ) Dan diagnosis yg sebenar hanya boleh dibuat hanya melalui diagnosis patologi tisu tetapi ianya hanya selepas pembedahan seperti buang rahim (histerectomi). Scan melalui MRI mungkin lebih tepat Dari ultrasound. Sekiranya doctor menyarankan histerektomi, puan akan mandul Dan tidak mengalami haid lagi ( tetapi tidak menopause selagi puan Ada ovari).

Sekiranya puan masih muda & fertiliti/ keupayaan mengandung adalah harapan puan, keputusan untuk histerectomi adalah satu keputusan yg penting dan tidak boleh berpatah-balik. Saya cadangkan puan dapatkan pandangan kedua ( second opinion) Dari beberapa org pakar sebelum membuat keputusan.

Semoga puan membuat keputusan yg Terbaik utk kebaikan kesihatan puan.

Terima kasih.

https://www.mydoc.my/clinic/kl-gynaecologist-gleneagles-medini

Abu Hassan berkata...

Dktor kt..priod hari ke5 dtg..nanti dia check lg..dia cdgkan supata enjection stop priod 6bln cuba blh prcnant ke tdk..klu x..br buang cyst tu..blh tahu klinik dktr kat mn?

KL Gynaecologist berkata...



mydoc.my/clinic/kl-gynaecologist-gleneagles-medini

Tanpa Nama berkata...

Salam Dr.

Baru2 ni sy ade terbace blog Dr. Tentang masalah cyst. Pd tahun lalu sy telah melahirkn baby dgn ceaser... Dr. Bgthu sy, terdapat cyst dan telah dibuang semase pembedahan tu... lbih kurg 10cm... sy xpasti cyst jenis ape sebab Dr cume bgthu sampel.cyst tu dah dihantar di lab n sy diminta utk dtg ke hospital semula selepas 1month... dlm masa sy pantang, sy pernah tumpah darah sebnyak.3x... kli ke3 mmg byk sgtt sampai sy pengsan n dikejarkn ke hospital dgn ambulance... sampai hospital sy hanya ditambah air n di check mgunakn scan tu terdapat darah beku... Dr ckp mgkin jangkitan kuman... katenye luka ceaser n rahim sy dah ok dan sy dibenarkn pulg n cume diberi antibiotik pill... lepas habis pantang tu darah msih ade tap sikit sikit mgkin 1hari tu xsampai 1pad...sampai hari ke 69 darah msih ade... sy risau dan rujuk dkat hospital tmpt sy beranak... jawapnnye same cume darah beku sy dah mgecil katenye... finally hari ke76 pergi check blik darah beku dah tiada n mmg darah da xde lg... lpas 2minggu tiada darah yg kluar tetibe 31.03(hari ke98) kua darah lg... tapi kli ni byk mcm period dlm sehari 2 3 pad penuh... dlm 4ari mcm tu lepastu darah xde... cume kluar mcm lendir wane coklat... tapi skrg tetibe ade darah lg... tap sikitla... sbenarnya soklan sy kes sy ni disebabkn cyst ke..? 2nd yg skrg ni sy period ke..? Yg tumpah darah mase tgh pantang tu akibat cyst jgk ke..?

KL Gynaecologist berkata...

Salam Puan

1. Saya sarankan Puan tanya semula kepada doktor dari hospital dulu apa histology/ pathology cyst dulu.

2. Kes pendarahan panjang.
Sekiranya ultrasound scan telah dilakukan & keputusannya normal, ada kemungkinan ianya disebabkan masalah dlm endometrium ( lapisan dlm rahim) ataupun ada masalah salur darah tidak normal ( arteriovenous malformation AVM).

Masalah endometrium boleh di diagnos melalui pemeriksaan pathology tissue endometrium. Tissue ini boleh diperolehi dari biopsy endometrium (endometrial biopsy) di klinik ataupun melalui D&C hysteroscopy.

AVM di diagnos melalui scan CT Angiogram pemeriksaan salur darah dgn CT Scan.

Rawatan seterusnya bergantung kepada diagnosis.

Masalah endometrium biasanya dirawat dgn hormon progestogen & AVM dirawat dgn embolization ( salur darah di blok).

Walau bagaimanapun, saya cadangkan Puan berjumpa pakar Ginekologi untuk pemeriksaan yg lebih lanjut & tepat.

Terima kasih.