Selasa, 12 November 2013

KL GYNAECOLOGIST @ GLENEAGLES MEDINI






   Dr Zaharuddin Rahmat @ Mohd.Rawi

  MMC Registration No. 35273
  NSR Registration No. 126066
  MBBS(Malaya) MObGyn(Malaya) MRCOG(London) 
Academy of Medicine(Malaysia)
  BSCCP/RCOG(UK)Colposcopist(Diagnostic & Therapeutic)
Certified GynaeOncologist ,CGO(MOH, Malaysia)






Resident Consultant
Obstetrician, Gynaecologist & GynaeOncologist
 
Pakar  Perunding Resident
Perbidanan, Sakit Puan & Kanser Wanita


Clinic KL Gynaecologist @ Gleneagles Medini Hospital








Suite 511A, Level 5,
GLENEAGLES MEDINI HOSPITAL
No 2 Jalan Medini Utara 4, Medini,
79250 Iskandar Puteri (formerly known as Nusajaya),
Johor Darul Takzim, Malaysia.
Contact us for an appointment or enquiries :
General  +607 560 1000  +607 560 1100 
ext 3745/3733 (Suite 511A)
HP Suite 511A  +6011 1866 0818 (SMS or WhatApps only)
Fax :   +(607) 560 1190
For an appointment,
please use  your email calendar

  E      klgynaecologist@gmail.com
  Membership 
Academy of Medicine, Malaysia
  Obstetrical and Gynaecological Society of Malaysia, OGSM (life member)
  Malaysian Medical Association, MMA (life member)
  Malaysia Gynaecological Cancer Society, MGCS (member)
  Royal College of Obstetricians and Gynaecologist, RCOG, UK
  British Society for Colposcopy and Cervical Pathology, BSCCP,UK
  International Gynecologic Cancer Society (IGCS)
  European Society of Gynaecological Oncology ( ESGO)

AFFILIATED HOSPITAL


For an appointment ONLY,
please use  your email calendar
then invite us using address klgynaecologist@gmail.com
or SMS/WA us +6011 1866 0818





                         ‘Women wear so many hats and shoulder multiple responsibilities 
                       at home, work and in the community.
                Caring for women is caring for family and communities.’


Isnin, 11 November 2013

SISTA OVARI (OVARIAN CYST)

Sista Ovari (Ovarian Cyst)



Wanita mempunyai dua ovari , satu di setiap belah rahim (uterus) di dalam bahagian bawah abdomen. Ovari adalah bulat kecil, kira-kira saiz walnut (ovari kilang telur). Wanita yang subur akan mengeluarkan telur  (ovum ) setiap bulan dari salah satu ovari.




Sista (Cyst) adalah satu kantung berisi cecair. Sista terjadi di pelbagai tempat di dalam badan. Bergantung kepada jenis sista , cecair dalam sista tersebut boleh terdiri daripada cecair nipis, cair, pekat dan bersalut dinding yand tebal. Sesetengah sista mempunyai bahagian dinding yang tebal, mengandungi  pepejal dan cecair di dalam.

Sista pada ovari adalah sangat biasa. Majoriti sista ovari adalah bukan kanser (benign) tetapi terdapat juga sista ovari yang kanser (malignant) , atau boleh menjadi kanser di masa depan .
 Sista ovari boleh berbeza dari segi saiz - dari kurang daripada saiz 1 cm hingga saiz tembikai besar (kadang-kadang lebih besar).

Gejala Sista Ovari



Sista ovari yang kecil biasanya tidak menyebabkan gejala. Sesetengah sista boleh menyebabkan sakit yang tidak spesifik atau sakit yang menyucuk  di bahagian abdomen dan kesakitan semasa menjalani aktiviti-aktiviti tertentu .

 Sista yang lebih besar boleh menyebabkan kilasan (berpusing/twist) ovari yang menyebabkan kesakitan yang akut. Pesakit biasanya juga mengalami gejala muntah.
Sista yang berdarah atau pecah boleh membawa kepada masalah yang serius yang memerlukan rawatan segera / kecemasan.

Diagnosis Sista Ovari

Oleh kerana kebanyakan sista ovary tiada gejala yang spesifik, sista ovary biasanya didiagnosis secara kebetulan - semasa pemeriksaan rutin atau jika pesakit mempunyai imbasan ultrasound untuk tujuan lain.

Jika pesakit mempunyai gejala spesifik sista ovari, pakar sakit puan akan memeriksa abdomen pesakit dan melaksanakan peperiksaan pelvis manual (dalaman). Pakar sakit puan mungkin dapat merasai bengkak abnormal yang mungkin disebabkan oleh sista ovari.



Imbasan ultrasound dilakukan untuk diagnosis sista ovari. Imbasan ultrasound adalah ujian yang selamat dan tidak menyakitkan yang menggunakan gelombang bunyi untuk menghasilkan imej organ-organ dan struktur dalam badan pesakit. Alat pengimbas boleh diletakkan di atas abdomen untuk mengimbas ovari. Imbasan ultrasound juga boleh dilakukan melalui faraj untuk mengimbas ovari dan imej adalah yang lebih jelas dan terperinci.


Imbasan CT scan dilakukan jika sista ovari adalah banyak , kompleks atau kemungkinan kanser. CT scan menghasilkan imej yang lebih jelas daripada imej ultrasound scan,dan dapat membandingkan sista ovary yang kompleks dengan struktur-struktur lain di bahagian pelvis dan abdomen.

Pesakit biasanya akan menjalani ujian darah serum CA 125. Peningkatan serum tahap CA 125 boleh menjadi tanda kanser ovari di kalangan wanita menopaus. Bagaimanapun di kalangan wanita premenopausal , serum peningkatan tahap CA 125 boleh disebabkan oleh keadaan lain bukan kanser seperti fibroid, jangkitan kuman, endometriosis dan lain-lain .

Rawatan Untuk Sista Ovari

Pakar sakit puan akan member nasihat mengenai rawatan terbaik bagi pesakit sista ovari. Rawatan bergantung kepada beberapa faktor:
a- Saiz dan jenis sista
b- Umur / status menopause
c- Gejala
d- Keinginan untuk mempunyai anak-anak / keluarga yang sudah lengkap

Pemerhatian (Observation) - sista ovari kecil biasanya akan lenyap atau mengecil dari masa ke masa. Pesakit mungkin dinasihatkan untuk menjalani  imbasan ultrasound ulangan selepas beberapa minggu atau lebih. Jika sista ovari sudah tiada lagi dan tidak ada tanda-tanda sakit maka tiada tindakan lanjut diperlukan.




Operasi/Pembedahan – pesakit akan dinasihatkan untuk membuang sista ovari , terutamanya jika pesakit mempunyai gejala sakit atau jika sista tersebut adalah besar.
Pakar sakit puan akan mencadangkan untuk mengeluarkan sista ovary untuk menentukan dengan tepat jenis sista tersebut  dan memastikan tidak ada sel-sel kanser di dalamnya.
Sista yang lebih kecil boleh dikeluarkan melalui pembedahan lubang kunci ( laparoskopi ).
Sista yang lebih besar memerlukan pembedahan laparotomi yang biasa.

Dalam kebanyakan sista bukan kanser (benign) , hanya sista dikeluarkan ( cystectomy ) dan tisu ovari dipelihara.

Dalam beberapa kes, ovari juga dikeluarkan serta struktur pelvik berhampiran seperti rahim, tiub fallopion dan ovari yang bertentangan. Pakar sakit puan akan memberi kaunseling dan nasihat mengenai pilihan rawatan tertentu yang sesuai untuk pesakit.

Terdapat pelbagai jenis sista ovari ;

Functional Ovarian Cyst:


Ini adalah jenis yang paling biasa dan berlaku pada wanita masih reproduktif  (wanita yang masih mempunyai haid) dan mempunyai masalah ovulasi.  


a.       Follicular Cyst .

              Folikel ovari boleh membesar dan mengandungi cecair. Ini biasanya terjadi di kalangan wanita yang menerima rawatan kemandulan atau ubat hormon.

b- Corpus luteum Cyst .


              Ini berlaku apabila corpus luteum mengandungi cecair atau darah dan menjadi sista. Sista berisi darah ini juga dikenali sebagai sista berdarah (haemorrhagic cyst).
Sista jenis ini boleh membesar tetapi jarang melebihi 5 cm diameter. Biasanya ia tidak memerlukan rawatan , kerana sista jenis ini akan lenyap secara spontan dalam masa beberapa minggu .


Sista Dermoid (Dermoid Cyst)


          
Sista dermoid cenderung berlaku di kalangan wanita muda. Sista boleh berkembang agak besar sehingga 15 cm diameter.
Sista terbentuk daripada sel-sel yang membuat telur dalam ovari. Telur mempunyai potensi untuk berkembang menjadi apa-apa sahaja jenis sel. Oleh itu,  sista ini boleh berkembang menjadi pelbagai jenis tisu. Hasilnya ,sista ini sering mengandungi kandungan ganjil seperti rambut , bahagian-bahagian gigi atau tulang, tisu lemak dan lain-lain.
 Hampir 1 dalam 10 kes sista dermoid terbentuk pada  kedua-dua ovari .
Sista dermoid boleh terjadi dalam ahli keluarga yang sama.

Cystadenomas 


Ini terbentuk daripada sel-sel yang meliputi bahagian luar ovari. Terdapat beberapa jenis yang berbeza. Sebagai contoh, cystadenomas serous mengandungi cecair nipis/cair  dan cystadenomas musinous  mengandungi cecair mukus yang pekat.  Sista jenis ini sering melekat pada ovari oleh tangkai dan tidak  berkembang dalam ovari.  Sista ini boleh berkembang sangat besar dan biasanya bukan kanser (benign).

Endometriotic Cyst



Ramai wanita yang mengalami endometriosis mempunyai satu atau lebih sista pada ovari mereka . Endometriosis adalah keadaan di mana tisu endometrium (tisu yang dalam rahim ) ditemui di luar rahim. Ia kadang-kadang membentuk sista yang mengandungi darah. Darah lama dalam sista ini kelihatan seperti coklat. Ianya juga dikenali sebagai sista coklat. Ianya bukanlah kanser (benign ).

Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)




        
Polycystic bermakna banyak sista. Dalam PCOS , pesakit mempunyai banyak sista benign kecil di ovari. Sista ini terjadi kerana masalah dengan ovulasi ( pengeluaran telur bulanan ) yang disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon. PCOS seringkali dikaitkan dengan masalah haid , kurang kesuburan, pertumbuhan rambut yang lebat, obesiti dan jerawat.